Isnin, 28 Mac 2016

Semak jadual waktu di sini...!!!


Klik untuk besarkan jadual

Salam sejahtera,

Jadual di atas merupakan jadual waktu untuk membantu anda memilih slot masa yang bersesuaian untuk sesi pertemuan home tuition. Anda dinasihatkan agar menyemak jadual yang disediakan di atas sebelum membuat panggilan / SMS / WhatsApp bagi menetapkan masa bagi sesi home tuition. Jadual akan dikemaskini sebaik ada tempahan slot masa bagi sesi home tuition yang sudah disahkan.

Bagaimana hendak menempah slot masa bagi sesi home tuition untuk anak-anak anda...? Dalam SMS atau mesej WhatsApp kepada saya, nyatakan lokasi, hari dan slot masa yang anda ingini.

SMS / WhatsApp ke nombor: 012-7362733

Kadar bayaran bagi perkhidmatan home tuition

Berikut merupakan jadual bagi anggaran kadar bayaran bagi perkhidmatan home tuition yang saya sediakan. Kadar bayaran dikira mengikut jam.


Lokasi
Sekolah rendah
(RM/jam)
Menengah rendah
(RM/jam)
Menengah atas
(RM/jam)
Batu Caves
25
30
30
Selayang
25
30
30
Gombak
25
30
30
Sentul
25
30
30
Wangsa Maju
30
40
40
Hulu Klang
30
40
40
Bukit Antarabangsa
30
40
40
Ampang
30
40
40
Kampung Baru
30
40
40
Cheras
40
50
50
Bandar Kinrara
50
50
50

MUET: RM80 sejam (kadar rata)

Sekiranya anda tinggal di luar kawasan yang disenaraikan ini, sila hubungi saya untuk mengetahui kadar bayaran bagi kawasan anda.

Sila ambil perhatian bahawa kadar bayaran yang dipaparkan dalam jaduan di atas hanyalah sebagai rujukan sahaja. Kadar bayaran ditentukan mengikut lokasi, tahap pendidikan (rendah / menengah / MUET), bilangan subjek yang diambil serta bilangan pelajar dalam satu-satu masa (perseorangan / berkumpulan). Selalunya, lokasi yang lebih jauh daripada Batu Caves akan dikenakan kadar yang lebih tinggi memandangkan saya perlu perlu bergerak lebih jauh (kos pengangkutan), tetapi anda masih berpeluang untuk mengurangkan kos bayaran sejam dengan mengambil lebih banyak subjek ataupun mengajak lebih ramai rakan-rakan untuk belajar secara berkumpulan (maksimum: 5).

Sekiranya kadar yang dipaparkan di atas lebih mahal dan tidak sepadan dengan bajet anda, anda boleh tawar-menawar dengan saya sehinggalah mencapai kadar yang dipersetujui kedua-dua pihak. Namun, sila ambil perhatian bahawa kadar bayaran bagi home tuition MUET pula merupakan kadar rata tanpa mengikut kawasan dan tiada tawar-menawar untuk home tuition MUET.


Pilihan waktu pembayaran

Anda boleh memilih salah satu daripada tiga waktu pembayaran yuran home tuition:-
  1. Setiap awal bulan - yuran dibayar pada hari pertama pembelajaran bagi bulan tersebut
  2. Setiap akhir bulan - yuran dibayar pada hari terakhir pembelajaran bagi bulan tersebut
  3. Secara mingguan - yuran dibayar pada hari terakhir pembelajaran bagi minggu tersebut

Untuk bayaran secara bulanan (awal bulan atau akhir bulan), formula pengiraan yuran bulanan adalah seperti berikut:-

Kadar bayaran x bilangan jam dalam seminggu x 4

Contoh: 3 subjek (sejam setiap subjek) dengan kadar bayaran RM40 sejam = RM40 x 3 jam x 4 = RM480 sebulan.

Untuk bayaran secara mingguan pula, yuran mingguan dikira dengan mendarabkan kadar bayaran dengan bilangan jam dalam seminggu.

Nota: Sekiranya anda memilih untuk membuat bayaran setiap awal bulan, minggu pertama pertemuan adalah percuma.

Untuk maklumat lanjut mengenai kadar bayaran, pilihan waktu pembayaran dan kaedah pembayaran, sila SMS / WhatsApp Cikgu Hezery di nombor 012-7362733.

Ahad, 27 Mac 2016

Selamat Datang

Selamat datang ke blog Sri Gombak Home Tuition oleh Cikgu Hezery. Saya berpengalaman mengajar home tuition di serata Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya selama 4 tahun, merangkumi subjek-subjek Sekolah Rendah (Tahun 1 hingga 6), Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga 5) dan MUET.

Anda boleh menyemak kadar anggaran bayaran bagi perkhidmatan home tuition dan menyemak jadual waktu sebelum memilih slot waktu untuk anak-anak anda.

Terima kasih kerana memilih untuk menggunakan khidmat saya sebagai tutor kepada anak-anak anda. Semoga anak-anak anda beroleh kecemerlangan di dunia dan akhirat.